TAKLIMAT SASARAN PENTING STAR RATING JPBM W.P.LABUAN

Pada 05 Julai 2011 satu taklimat sasaran penting bagi Sistem Star Rating yang diadakan di Dewan Mutiara  JBPM W.P. Labuan oleh PKPjB Hj.Zamri bin Che Din, Pegawai Konsultan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PgKB II Gan Hock Seong, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat yang hadir daripada Ibupejabat JBPM Malaysia, untuk memberi taklimat mengenai sistem penilaian Star Rating. 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2011

      06 Julai 2011 jam 08:30 Majlis Perhimpunan Bulan Julai telah diadakan bertempat di Engine Bay Balai Bomba Dan Penyelamat Labuan. Acara majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian sijil-sijil penyertaan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan JBPM tahun 2011 yang telah diadakan pada 18 hingga 24 Jun 2011di Negeri Kelantan Darul Naim dan telah mendapat tempat ketiga dalam acara Membentang Hos seterusnya penyampaian Sijil Penyertaan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2011 yang telah diadakan pada 10 hingga 14 Jun 2011 di Negeri Selangor Darul Ehsan dimana JBPM W.P. Labuan telah menghantar seramai 17 orang anggota bagi mewakili mewakili JBPM W.P. Labuan dan antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal terbuka, Golf dan Sepak Takraw Regu Terbuka. Dalam acara dipertandingkan, JBPM W.P. Labuan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Futsal terbuka disampaikan oleh YS Pengarah JBPM W.P. Labuan.

AUDIT STAR RATING JBPM W.P. LABUAN.

13 hingga 15 julai 2011 audit Star Rating yang telah dijalankan di balai Bomba Dan Penyelamat Labuan bagi kategori balai 'B'. Pegawai audit terdiri daripada PgKB II Khairul Azuan Bin Ibrahim, PgB Ahmad T.A Moiduny dan PBK I Jaganathan A/K Sinna telah hadir ke balai bagi membuat penilaian pemarkahan untuk menilai tahap pencapaian prestasi Balai Bomba Dan Penyelamat Labuan (kategori balai 'B') untuk digredkan mengikut tahap pencapaian prestasi balai dengan memberikan gred 1 hingga 5 bintang mengikut pencapaian yang dibuktikan oleh balai.

PEMERIKSAAN PPE ANGGOTA (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT)

Pada 18 Julai 2011 jam 08:30 pagi, Pemeriksaan PPE anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Labuan telah dijalankan di Engine Bay Balai Bomba Labuan oleh PBK II Soludin Dunding yang menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Balai pada hari tersebut bagi memastikan kesiapsiagaan PPE anggota sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersedia bila-bila masa untuk kegunaan Operasi atau kecemasan.

LATIHAN FIRE DRILL BANGUNAN SEKOLAH

Pada 21 Julai 2011 bermula jam 11:00 pagi bertempat di bangunan sekolah Menengah Teknik W.P. Labuan latihan Fire Drill telah dilaksanakan oleh anggota Balai Bomba Labuan dengan kerjasama daripada pihak sekolah tersebut bagi tujuan pembiasaan anggota operasi balai  menghadapi situasi kebakaran apabila berlaku di tempat tersebut.
Pada 22 Julai 2011 bertempat di Hotel Tiara Labuan berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penyampaian Pingat Kebesaran dan penyampaian tanda pangkat yang disempurnakan oleh YAS Dato' Mahadi Bin Md Ali Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi JBPM.  Seramai 13 orang Pegawai lain-lain pangkat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dinilai pada tahun 2010, seramai 6 orang penerima Pingat Kebesaran JBPM dan 2 orang pegawai dinaikan pangkat daripada Penolong Penguasa Bomba (PPgB) ke Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB). Bacaan ikrar "Intergriti Perkhidmatan Awam" pada pagi itu diketuai oleh PKPgB Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan.

KURSUS PENGUKUHAN TEKNIK PEMANDUAN 

Pada 11 Julai 2011 hingga 14 Julai 2011 berlangsung satu Kursus Pengukuhan Teknik Pemanduan yang diadakan selama empat hari bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Kg Jawa. Kursus tersebut diadakan bagi menguji sejauh mana pemahaman peserta kursus dari segi undang-undang pemanduan dan menguji kemahiran berkenaan teknik pemanduan yang betul. Tenaga pengajar yang didatangkan khas daripada ABPM Wakaf Tapai, Terengganu darul Iman.